Sunday 27 July 2014

Hari kemenangan kami bersaudara (islam)



Assalammualaikum

Syukur , syukur .. alhamdulillah kepada yang maha esa .. selepas sebulan menyempurnakan ibadah puasa umat islam akan dikurniakan Hari Raya Aidilfitri sebagai tanda kemenangan melawan godaan hawa nafsu sepanjang bulan ramadhan.


                                              



Lebih baik kita terangkan serba sedikit sejarah bermulanya hari raya dalam syariat Islam sebelum membicarakan tata susila amalan menghidupkan Aidilfitri ini.Mengikut catatan yang muktabar, hari raya yang kita raikan kini telah disyariat-kan oleh Islam secara sempurna sejak tahun kedua hijrah Rasulullah s.a.w ke Madinah Al-Munawarah.Di peringkat awal kedatangan Islam, masyarakat ketika itu sama ada sudah memeluk Islam atau tidak mempunyai hari perayaan dan kebesaran yang dinamakan "nairuuz" dan "mahrajan".

Kedua-dua hari perayaan ini disambut dengan mengadakan majlis suka ria.Rasulullah s.a.w sebagai pemimpin agung dan pembawa rahmat sekelian alam tidak mengambil tindakan yang boleh menyinggung perasaan mana-mana pihak untuk mengubah tradisi ini. Baginda sebaliknya melakukan penelitian dan kemudian bersabda:"Sesungguhnya Allah telah menggantikan dua hari raya kanm itu dengan dua hari raya yang lebih baik dan kedua-duanya itu ialah hari raya Aidilfitri dan hari raya Aidiladha."Masyarakat ketika itu tidak membantah apa yang disarankan oleh Rasulullah s.a.w dengan sabdanya itu.Puasa bulan Ramadhan tahun ini sudah berakhir setelah mental dan fizikal kita dilatih selama sebulan dan seperti biasa berakhir apabila Aidilfitri menjelang tiba. Pengakhiran ini bermakna bermulalah kembali gelanggang perjuangan yang amat berat untuk mengatasi dan mengendalikan hawa nafsu yang menjadi sumber kebinasaan manusia.Setelah menjalani ujian dan cubaan sepanjang bulan Ramadhan maka sudah sewajarnya kita menyambut ketibaan hari raya dengan penuh gembira sebagai tanda kemenangan dan kesyukuran.

Bagi orang yang telah berjaya menjalani ujian di bulan Ramadhan, Syawal adalah detik kembali kepada asal fitrah tanpa sebarang dosa dan noda. Oleh sebab itulah apabila fajar Syawal menjelang setiap muslim disunatkan menyiapkan diri pada awal pagi untuk merayakan Aidilfitri dengan gembira tetapi tidaklah berlebihan.Hari raya disambut dengan membe-sarkan Allah s.w.t dengan cara mengucap takbir dan tahmid dari malam hari raya hinggalah di pagi Syawal esok harinya sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri.Zakat fitrah yang diwajibkan ke atas setiap umat Islam seboleh-bolehnya hendaklah disampaikan kepada fakir miskin sebelum hari raya agar mereka dapat bersama-sama saudara Islam yang lain menyambut hari kebesaran ini dengan penuh bermakna. Islam tidak mahu di hari bahagia ini ada insan lain yang kelaparan atau kekurangan makanan sementara golongan berada bergembira dalam keadaan mewah dan bermegah-megah dengan kumpulan elit mereka.Ada dua cara merayakan Aidilfitri yang boleh mententeramkan jiwa. Pertama dengan mengingati saudara Islam yang kurang bernasib baik, menderita dan ditimpa malang. Kita wajib memberi lebihan rezeki kita sebagai sedekah dan mengeluarkan zakat fitrah.

Kedua, merayakan hari raya dengan mengingati Allah s.w.t. Banyakkan ber-takbir, tahmid dan bertahlil sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri sebagaimana yang disebutkan oleh Allah dalam Al-Quran yang bererti:

"Sesungguhnya berbahagialah dan jayalah orang yang membersihkan dirinya dengan mengeluarkan zakat fitrah, dan ia mengingati Allah dengan menyebut nama Allah lalu menunaikan solat." (Surah Al-Ala 14 - 15)
Di hari raya Aidilfitri ini jugalah masa untuk kita saling bermaaf-maafan sesama kita. Ikutkan tak perlulah kita meminta maaf pada musim perayaan sahaja, pada bila-bila masa sahaja kita boleh minta maaf. Inshaallah kita semua kembali tergolong kepada golongan orang-orang yang mendapat petunjuk kepada Allah s.w.t inshaallah ya kawan-kawan.

Akhir kata dari saya , selamat hari raya maag zahir dan batin , andai ada salah dan silap dari penulisan blog ini harap diampun , kosong-kosong lah ya .

ASSALAMMUALAIKUM ♡

2 comments:

hamba said...

selamat hari raya aidilfitri..maaf zahir dan batin andai ada kekhilafan yang dilakukan keatas tuan!!ngeh3

zaroul said...

Salam aidilfitri juga kpd anda sekeluarga .
minta maaf dan salam kosong2 sekiranya ada membuat salah dan silap.

Post a Comment