Thursday 21 August 2014

Cinta ku, Jodoh ku kerana Allah SWT

Assalammualaikum
Mulakan bacaan dengan

" بسم الله الرحمن الرحيم "
okay, entry kali ini mungkin agak istimewa dan menarik, iaitu perkahwinan di usia muda. Sejak akhir-akhir ini kita sering kali terdengar dari pelbagai pihak mengenai kahwin semasa belajar. Perkara ini telah menjadi persoalan yang rumit di fikiran para pelajar sekarang.

Seperti rujukan didalam buku YA ALLAH, AKU TAK INGIN SENDIRI (Ustaz Burhan Sodiq) terdapat pelbagai pandangan ulama-ulama yang memberi nasihat berkenaan perkara kahwin diusia muda.

Menurut syeikh Muhamad bin Shalih Al-Mutsaimin menunda perkahwinan adalah sikap yang ditentang dengan perintah Rasulullah Saw.

Rasulullah SAW bersabda
“Jika seorang lelaki yang engkau sukai agama dan akhlaknya melamar, maka nikahilah dia (dengan puterimu). Jika hal itu tidak kamu lakukan, maka akan ada fitnah di atas bumi dan kerosakan”
Rasulullah SAW bersabda lagi,
"Wahai para pemuda, barang siapa di antara kalian yang memiliki kesanggupan, maka hendaklah dia berkahwin. Kerana sesungguhnya berkahwin lebih menjaga pandangan dan lebih memelihara kemaluan.”

GAMBAR HIASA
Apa yang kita dengar, perkahwinan di usia muda sebenarnya langkah untuk kita mengelakkan daripada melakukan maksiat. Cuma kalau masanya belum tiba, maksud saya tidak berkemampuan lebih baik kita utamakan dulu perkara-perkara lain yang lebih penting. Tetapi  janganlah kita membuka jalan ke arah kemaksiatan, dan tiada istilah bercouple antara lelaki dan perempuan itu. Kerana Allah telah menjanjikan kepada kita bahawa , akan menghadirkan untuk kita insan yang dipilih olehnya, hanya kita perlulah bersabar untuk menanti cinta yang sejati itu.

Sebenarnya, perkahwinan di usia muda ni banyak keindahannya daripada kita berdua-duaan dengan pasangan yang belum mempunyai ikatan yang sah secara haram. Kerana segala perbuatan adalah sah , malah mendapat pahala , sebagai contoh apabila si isteri memeluk suaminya. Daripada kita peluk pasangan yang belum ada ikatan yang sah, hanya dapat kutukan , kekejian malah mendapat dosa dari Allah.

Perkahwinan di usia muda sememangnya mempunyai kemanisan , tetapi kita haruslah mengetahui tujuan sebenar perkahwinan itu. Atas dasar apa kita mendirikan mahligai perkahwinan itu? lebih-lebih lagi diusia yang muda ini. Biarlah tujuan perkahwinan itu atas dasar keimanan kepada Allah Swt. kita dan dia sama-sama hajat untuk bersatu dalam baitul muslim, semata-mata kerana hanya jalan ini yang mampu menghidupkan fikrah kita. Malah kita kena yakin bahawa perkawinan ini akan lebih menambah baik agama kita insyaAllah.

Yang seterusnya, Persediaan kita. Apa yang ingin dilakukan? Persediaan pegangan Agamanya, sebagai contoh si suami menjadi imam dalam solat dan imam dalam keluarga. Kedua persediaan rupa, haruslah mengambil berat tentang pakaian dan kebersihan, wangian dan kesihatan. Yang ketiga, harta. Kerana harta untuk memberi makan minum kepada si isteri , serta biarlah daripada harta yang halal dan baik.

Yang seterusnya adalah cabaran dan ujian didalam perkahwinan itu. Kita perlu terima hakikat ini, bahawa perkahwinan muda dan semasa belajar sangat mencabar. Jadi pasangan suami isteri muda tersebut haruslah bersabar , berdoa , dan berusaha InsyaAllah tidak mempunyai masalah.

Yang terakhir adalah komitmen. Dulu isteri orang ketiga selepas Allah dan Rasul ialah ibubapa, tetapi selepas sah bergelar isteri kedudukan ketiga itu di ambil oleh suami. Wajarlah , selepas berkahwin dosa ditanggung oleh suami. Si isteri haruslah taat kepada suami dan perlulah meminta izin terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu perkara. Lebih-lebih lagi apabila sudah ada anak , lebih banyak pengorbanan dan komitmen yang harus dilakukan , dan haruslah tahu menguruskan waktu pembelajaran dan waktu menguruskan keluarga.

Alhamdulillah jumpa juga kesimpulannya, huhu
kesimpulannya, berkahwin pada usia muda dan ketika belajar tidak sedikit pun menjadi halangan untuk kita berjaya InsyaAllah. Perkara ini, terpulang kepada kita untuk menguruskan waktu belajar dan waktu bersama keluarga. Perkara ini haruslah seimbang dilakukan jangan di abaikan rumahtangga dan abaikan pembelajaran kita. Perkahwinan ini akan menguatkan kita terhadap jalan yang penuh diredha Allah.

Jika ingin berkahwin dan berkemampuan , ibu bapa juga tidak menghalang. Bagi saya ,tak salah berkahwin ketika belajar kerana perkahwinan ini dapat menyelamatkan banyak perkara.


GAMBAR HIASA
Akhir kata : Walaupun digenggam seerat dan sekuat mana andai ia bukan milik kita, ia akan terlepas jua. Walau ditolak ke tepi , andai ia untuk kita, ia mendatang jua dan itulah yang dinamakan jodoh.

Assalammualaikum dan Terima Kasih membaca.

Wednesday 13 August 2014

Syahid Impian Kita Semua

Assalammualaikum,

Alhamdulillah kita bertemu lagi di entry yang baru. Entry kali ini saya ingin kongsikan mengenai Syahid. Kematian suatu kepastian, sesiapapun orangnya pasti dia juga ingin suatu pengakhiran yang baik. Pengakhiran yang paling baik ialah sebagai seorang yang Syahid.

Allah memberikan beberapa kelebihan dan keistimewaan kepada orang yang mati syahid, sepertimana saabda Rasulullah :
"Bagi orang yang mati syahid ada enam keistimewaan"


Terdapat banyak Keistimewaan Syuhada antaranya :
1) Diampunkan dosanya sejak pertama kali darahnya keluar memancut.
2) Melihatkan tempatnya di dalam syurga.
3) Dilindungi daripada azab kubur.
4) Terjamin daripada malapetaka.
5) Merasakan kemanisan iman, dikahwinkan dengan bidadari.
6) Diperkenankan memberikan syafaat bagi 70 orang kerabatnya.
Kesimpulannya , terlalu banyak kelebihan bagi orang yang dapat merasakan mati syahid ini, jadi marilah kita tanam azam di dalam hati untuk mencapai gelaran syahid itu seperti para syuhadah yang lain. Ganjarannya juga amat besar , dan kita akan dapat mendiami syurga Firdaus iaitu syurga paling tertinggi. InsyaAllah.

Saturday 9 August 2014

Bersukan & Beriadah



Assalammualaikum Warahmatullahi wabarakatu


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.


Alhamdulillah hari ini ada masa terluang untuk update entry yang baru untuk dikongsikan bersama. Pada hari ini saya ingin kongsikan mengenai "Bersukan Dan Beriadah". Aktiviti ini sememangnya satu aktiviti yang banyak faedahnya jika kita menjaga adab-adabnya. Rasulullah sendiri menggalakkan melakukan aktiviti bersukan dan beriadah kepada sahabat-sahabatnya.








Antara Adab-Adabnya :


1. Bersenam dengan sesuatu yang berfaedah yang boleh membentuk jiwa dan menambahkan kemahiran dan menguatkan fizikal.

2. Jagalah syariat Islam dalam masa bersenam dan bermain.

3. Menutup aurat dan memakai pakaian yang sopan.

4. Tidak bergaul bebas antara lelaki dan wanita yang bukan mahram.

5. Jagalah ukhwah, jangan sampai terguris hati sesama sahabat.

6. Tidak melalaikan perintah Allah swt.


Kesimpulannya, sukan boleh menjadi suatu ibadah dan mendapat pahala sekiranya kita menjaga adab-adabnya. Insyaallah, sama-samalah kita membuat aktiviti bersukan dan beriadah kerana banyak faedah yang akan kita dapat dari melakukan aktiviti berkenaan sebagai contoh kesihatan tubuh badan dan dapat menyaksikan keindahan ciptaan Allah Swt.

Wednesday 6 August 2014

Perniagaan Islam



Assalammualaikum,

Entry kali ni, saya ingin berkongsikan mengenai perniagaan dalam islam. Perniagaan dalam dunia perdagangan merupakan satu perkara yang penting dalam kehidupan manusia. Maka tidak hairanlah, didalam al-Quran telah memberi perhatian yang cukup banyak meliputi bidang tersebut.



Antara Prinsip Perniagaan Dalam Islam :
1. Perniagaan Yang Halal

- Prinsip utama dalam perniagaan menurut perspektif Islam yang perlu dipatuhi oleh usahawan muslim.

- Tidak bertentangan dengan hukum Islam iaitu tidak bercanggah dengan kehendak agama dan mendapat keredhaan Allah s.w.t

- Tidak bercanggah dengan kehendak agama merujuk kepada perniagaan haram seperti berjudi, khinzir, riba, maksiat atau yang meragukan SYUBHAH iaitu tidak dapat dipastikan halal haramnya.

2. Kebebasan

- Tiada paksaan dikenakan dalam jual beli tersebut, serta mereka diberikan tempoh masa untuk memilih bagi meneruskan atau membatalkan urusan perniagaan tersebut.

- Kebebasan untuk mencari keuntungan dunia semata-mata amat bercanggah dalam Islam.

3.Kerelaan Kedua-dua Pihak

- Persetujuan dari sudut harga yang dikenakan oleh penjual dan kerelaan pembeli untuk menerima harga berkenaan.

- Perkara ini dapat menghindarkan mereka dari berlaku sebarang pertelagahan di masa hadapan.

4. Keadilan di dalam Perniagaan

-Amat penting untuk menjamin hubungan baik di antara perniaga dan pelanggan terus berkekalan.

- Keadaan ini dapat diwujudkan sekiranya kedua-dua belah pihak bersifat jujur, ikhlas, dan amanah sewaktu melaksanakan urusan perniagaan tersebut.

5. Kebajikan

- Sebarang bentuk penipuan dalam perniagaan amat ditegah kerana ianya zalim.

6. Kesopanan dalam Perniagaan

- Berbudi bahasa, bertolak ansur dan bertimbang rasa akan memberikan perasaan yang tenang dan menggembirakan bagi kedua-dua belah pihak.

Kesimpulannya , perniagaan di dalam islam bukanlah sekadar proses pertukaran di antara wang dan barang semata-mata sebaliknya di dalam proses tersebut Allah s.w.t mahukan hambanya memberikan layanan yang baik sesama mereka. Inshaallah sama-sama kita mengikuti segala prinsip perniagaan dalam Islam.


ASSLAMMUALAIKUM

Monday 4 August 2014

Puasa Enam


Assalammualaikum, Syukur Alhamdulillah hari ini ada masa sikit nak buat entry yang baru. Sebelum ni saya ada kongsikan mengenai hari raya, sekarang ni saya ingin kongsikan mengenai kesinambungan pada bulan syawal iaitu puasa enam. Puasa enam dilakukan dalam bulan syawal selama enam hari.

Kalau di bulan Ramadhan kita biasanya merebut peluang untuk mengerjakan amalan-amalan sunat seperti sembahyang Tarawih, Witir, bertadarus atau membaca al-Qur’an, bersedekah dan sebagainya, adakah di bulan-bulan selepas Ramadhan kita akan meneruskan amalan tersebut?Antara amalan-amalan sunat yang menjadi rebutan para salihin di bulan Syawal ini ialah amalan puasa sunat enam. Apakah dia puasa sunat enam itu?

(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut )

Definisi Serta Fadhilat Puasa Enam

Puasa enam ialah puasa sunat yang dikerjakan sebanyak enam hari di bulan Syawal. Ianya sunat dan lebih afdhal dikerjakan secara berturut-turut di awal bulan Syawal iaitu bermula dari 2 haribulan Syawal, dan boleh juga dikerjakan secara berselang-seli ataupun dikerjakan bukan pada awal bulan Syawal.

Puasa sunat enam ini sangat besar fadhilat serta ganjarannya, diriwayatkan daripada Abu Ayyub Al-Anshari Radhiallahu ‘anhu, beliau telah berkata bahawasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya:

“Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan, kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, adalah (puasanya itu) seperti puasa sepanjang tahun.”“Berpuasa sebulan (di bulan Ramadhan itu disamakan) dengan sepuluh bulan berpuasa dan berpuasa enam hari selepasnya (di bulan Syawal disamakan) dengan dua bulan berpuasa, maka yang sedemikian itu (jika dicampurkan menjadi) genap setahun.”

(Hadits Riwayat Imam Muslim)

Lafaz Niat Puasa




Kesimpulannya, syawal sememangnya adalah hari kemenangan kita selepas berusaha untuk menahan hawa nafsu selama sebulan pada bulan ramadhan. Tetapi jika kita fikir dan renungkan , kenapa tidak kita mencari lebih keberkatan dengan mendapat ganjaran iaitu puasa selama setahun dengan cara puasa enam di hari raya aidilfitri.

Inshaallah , dengan apa yang dikongsikan dapat memberi manfaat kepada anda semua . Maaf jika ada salah dan silap daripada penulisan ini , inshaallah kiya akan berjumpa lagi di entry yang seterusnya.

Assalammualaikum