Monday 4 August 2014

Puasa Enam


Assalammualaikum, Syukur Alhamdulillah hari ini ada masa sikit nak buat entry yang baru. Sebelum ni saya ada kongsikan mengenai hari raya, sekarang ni saya ingin kongsikan mengenai kesinambungan pada bulan syawal iaitu puasa enam. Puasa enam dilakukan dalam bulan syawal selama enam hari.

Kalau di bulan Ramadhan kita biasanya merebut peluang untuk mengerjakan amalan-amalan sunat seperti sembahyang Tarawih, Witir, bertadarus atau membaca al-Qur’an, bersedekah dan sebagainya, adakah di bulan-bulan selepas Ramadhan kita akan meneruskan amalan tersebut?Antara amalan-amalan sunat yang menjadi rebutan para salihin di bulan Syawal ini ialah amalan puasa sunat enam. Apakah dia puasa sunat enam itu?

(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut )

Definisi Serta Fadhilat Puasa Enam

Puasa enam ialah puasa sunat yang dikerjakan sebanyak enam hari di bulan Syawal. Ianya sunat dan lebih afdhal dikerjakan secara berturut-turut di awal bulan Syawal iaitu bermula dari 2 haribulan Syawal, dan boleh juga dikerjakan secara berselang-seli ataupun dikerjakan bukan pada awal bulan Syawal.

Puasa sunat enam ini sangat besar fadhilat serta ganjarannya, diriwayatkan daripada Abu Ayyub Al-Anshari Radhiallahu ‘anhu, beliau telah berkata bahawasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya:

“Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan, kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, adalah (puasanya itu) seperti puasa sepanjang tahun.”“Berpuasa sebulan (di bulan Ramadhan itu disamakan) dengan sepuluh bulan berpuasa dan berpuasa enam hari selepasnya (di bulan Syawal disamakan) dengan dua bulan berpuasa, maka yang sedemikian itu (jika dicampurkan menjadi) genap setahun.”

(Hadits Riwayat Imam Muslim)

Lafaz Niat Puasa




Kesimpulannya, syawal sememangnya adalah hari kemenangan kita selepas berusaha untuk menahan hawa nafsu selama sebulan pada bulan ramadhan. Tetapi jika kita fikir dan renungkan , kenapa tidak kita mencari lebih keberkatan dengan mendapat ganjaran iaitu puasa selama setahun dengan cara puasa enam di hari raya aidilfitri.

Inshaallah , dengan apa yang dikongsikan dapat memberi manfaat kepada anda semua . Maaf jika ada salah dan silap daripada penulisan ini , inshaallah kiya akan berjumpa lagi di entry yang seterusnya.

Assalammualaikum

No comments:

Post a Comment