Wednesday 6 August 2014

Perniagaan Islam



Assalammualaikum,

Entry kali ni, saya ingin berkongsikan mengenai perniagaan dalam islam. Perniagaan dalam dunia perdagangan merupakan satu perkara yang penting dalam kehidupan manusia. Maka tidak hairanlah, didalam al-Quran telah memberi perhatian yang cukup banyak meliputi bidang tersebut.



Antara Prinsip Perniagaan Dalam Islam :
1. Perniagaan Yang Halal

- Prinsip utama dalam perniagaan menurut perspektif Islam yang perlu dipatuhi oleh usahawan muslim.

- Tidak bertentangan dengan hukum Islam iaitu tidak bercanggah dengan kehendak agama dan mendapat keredhaan Allah s.w.t

- Tidak bercanggah dengan kehendak agama merujuk kepada perniagaan haram seperti berjudi, khinzir, riba, maksiat atau yang meragukan SYUBHAH iaitu tidak dapat dipastikan halal haramnya.

2. Kebebasan

- Tiada paksaan dikenakan dalam jual beli tersebut, serta mereka diberikan tempoh masa untuk memilih bagi meneruskan atau membatalkan urusan perniagaan tersebut.

- Kebebasan untuk mencari keuntungan dunia semata-mata amat bercanggah dalam Islam.

3.Kerelaan Kedua-dua Pihak

- Persetujuan dari sudut harga yang dikenakan oleh penjual dan kerelaan pembeli untuk menerima harga berkenaan.

- Perkara ini dapat menghindarkan mereka dari berlaku sebarang pertelagahan di masa hadapan.

4. Keadilan di dalam Perniagaan

-Amat penting untuk menjamin hubungan baik di antara perniaga dan pelanggan terus berkekalan.

- Keadaan ini dapat diwujudkan sekiranya kedua-dua belah pihak bersifat jujur, ikhlas, dan amanah sewaktu melaksanakan urusan perniagaan tersebut.

5. Kebajikan

- Sebarang bentuk penipuan dalam perniagaan amat ditegah kerana ianya zalim.

6. Kesopanan dalam Perniagaan

- Berbudi bahasa, bertolak ansur dan bertimbang rasa akan memberikan perasaan yang tenang dan menggembirakan bagi kedua-dua belah pihak.

Kesimpulannya , perniagaan di dalam islam bukanlah sekadar proses pertukaran di antara wang dan barang semata-mata sebaliknya di dalam proses tersebut Allah s.w.t mahukan hambanya memberikan layanan yang baik sesama mereka. Inshaallah sama-sama kita mengikuti segala prinsip perniagaan dalam Islam.


ASSLAMMUALAIKUM

No comments:

Post a Comment