Thursday 21 August 2014

Cinta ku, Jodoh ku kerana Allah SWT

Assalammualaikum
Mulakan bacaan dengan

" بسم الله الرحمن الرحيم "
okay, entry kali ini mungkin agak istimewa dan menarik, iaitu perkahwinan di usia muda. Sejak akhir-akhir ini kita sering kali terdengar dari pelbagai pihak mengenai kahwin semasa belajar. Perkara ini telah menjadi persoalan yang rumit di fikiran para pelajar sekarang.

Seperti rujukan didalam buku YA ALLAH, AKU TAK INGIN SENDIRI (Ustaz Burhan Sodiq) terdapat pelbagai pandangan ulama-ulama yang memberi nasihat berkenaan perkara kahwin diusia muda.

Menurut syeikh Muhamad bin Shalih Al-Mutsaimin menunda perkahwinan adalah sikap yang ditentang dengan perintah Rasulullah Saw.

Rasulullah SAW bersabda
“Jika seorang lelaki yang engkau sukai agama dan akhlaknya melamar, maka nikahilah dia (dengan puterimu). Jika hal itu tidak kamu lakukan, maka akan ada fitnah di atas bumi dan kerosakan”
Rasulullah SAW bersabda lagi,
"Wahai para pemuda, barang siapa di antara kalian yang memiliki kesanggupan, maka hendaklah dia berkahwin. Kerana sesungguhnya berkahwin lebih menjaga pandangan dan lebih memelihara kemaluan.”

GAMBAR HIASA
Apa yang kita dengar, perkahwinan di usia muda sebenarnya langkah untuk kita mengelakkan daripada melakukan maksiat. Cuma kalau masanya belum tiba, maksud saya tidak berkemampuan lebih baik kita utamakan dulu perkara-perkara lain yang lebih penting. Tetapi  janganlah kita membuka jalan ke arah kemaksiatan, dan tiada istilah bercouple antara lelaki dan perempuan itu. Kerana Allah telah menjanjikan kepada kita bahawa , akan menghadirkan untuk kita insan yang dipilih olehnya, hanya kita perlulah bersabar untuk menanti cinta yang sejati itu.

Sebenarnya, perkahwinan di usia muda ni banyak keindahannya daripada kita berdua-duaan dengan pasangan yang belum mempunyai ikatan yang sah secara haram. Kerana segala perbuatan adalah sah , malah mendapat pahala , sebagai contoh apabila si isteri memeluk suaminya. Daripada kita peluk pasangan yang belum ada ikatan yang sah, hanya dapat kutukan , kekejian malah mendapat dosa dari Allah.

Perkahwinan di usia muda sememangnya mempunyai kemanisan , tetapi kita haruslah mengetahui tujuan sebenar perkahwinan itu. Atas dasar apa kita mendirikan mahligai perkahwinan itu? lebih-lebih lagi diusia yang muda ini. Biarlah tujuan perkahwinan itu atas dasar keimanan kepada Allah Swt. kita dan dia sama-sama hajat untuk bersatu dalam baitul muslim, semata-mata kerana hanya jalan ini yang mampu menghidupkan fikrah kita. Malah kita kena yakin bahawa perkawinan ini akan lebih menambah baik agama kita insyaAllah.

Yang seterusnya, Persediaan kita. Apa yang ingin dilakukan? Persediaan pegangan Agamanya, sebagai contoh si suami menjadi imam dalam solat dan imam dalam keluarga. Kedua persediaan rupa, haruslah mengambil berat tentang pakaian dan kebersihan, wangian dan kesihatan. Yang ketiga, harta. Kerana harta untuk memberi makan minum kepada si isteri , serta biarlah daripada harta yang halal dan baik.

Yang seterusnya adalah cabaran dan ujian didalam perkahwinan itu. Kita perlu terima hakikat ini, bahawa perkahwinan muda dan semasa belajar sangat mencabar. Jadi pasangan suami isteri muda tersebut haruslah bersabar , berdoa , dan berusaha InsyaAllah tidak mempunyai masalah.

Yang terakhir adalah komitmen. Dulu isteri orang ketiga selepas Allah dan Rasul ialah ibubapa, tetapi selepas sah bergelar isteri kedudukan ketiga itu di ambil oleh suami. Wajarlah , selepas berkahwin dosa ditanggung oleh suami. Si isteri haruslah taat kepada suami dan perlulah meminta izin terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu perkara. Lebih-lebih lagi apabila sudah ada anak , lebih banyak pengorbanan dan komitmen yang harus dilakukan , dan haruslah tahu menguruskan waktu pembelajaran dan waktu menguruskan keluarga.

Alhamdulillah jumpa juga kesimpulannya, huhu
kesimpulannya, berkahwin pada usia muda dan ketika belajar tidak sedikit pun menjadi halangan untuk kita berjaya InsyaAllah. Perkara ini, terpulang kepada kita untuk menguruskan waktu belajar dan waktu bersama keluarga. Perkara ini haruslah seimbang dilakukan jangan di abaikan rumahtangga dan abaikan pembelajaran kita. Perkahwinan ini akan menguatkan kita terhadap jalan yang penuh diredha Allah.

Jika ingin berkahwin dan berkemampuan , ibu bapa juga tidak menghalang. Bagi saya ,tak salah berkahwin ketika belajar kerana perkahwinan ini dapat menyelamatkan banyak perkara.


GAMBAR HIASA
Akhir kata : Walaupun digenggam seerat dan sekuat mana andai ia bukan milik kita, ia akan terlepas jua. Walau ditolak ke tepi , andai ia untuk kita, ia mendatang jua dan itulah yang dinamakan jodoh.

Assalammualaikum dan Terima Kasih membaca.

2 comments:

Unknown said...

Assalam. Kalau itu pendapat anda,pernah tak menginginkan yg sama? maksud saya mempunyai niat untuk berkahwin awal? :)

zaroul said...

Fatin : Waalaikumsalam, setiap manusia pasti ada keinginan untuk ke arah itu , begitu juga dengan sy, cuma masanya sahja y kita belum tahu .. kerana soal jodoh itukan rahsia Allah swt :)

Post a Comment